13 Krim Sunscreen/Sunblock Muka Terbaik di Malaysia 2023 您所在的位置:网站首页 sunblock 13 Krim Sunscreen/Sunblock Muka Terbaik di Malaysia 2023

13 Krim Sunscreen/Sunblock Muka Terbaik di Malaysia 2023

#13 Krim Sunscreen/Sunblock Muka Terbaik di Malaysia 2023| 来源: 网络整理| 查看: 265

Sunblock atau sunscreen sememangnya produk penjagaan kulit yang sangat penting. 

Berfungsi melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB serta ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin dan kolagen.

Jika anda mengabaikan pemakaian krim pelindung matahari, kulit wajah akan mudah timbul jeragat, cepat mengalami proses penuaan, sunburn dan lebih menakutkan kanser kulit. 

Jadi jom lihat jenis-jenis suncreen/sunblock bagi kegunaan harian untuk wajah anda.

12 Jenis Sunblock Untuk Muka Table of Contents 12 Jenis Sunblock Untuk Muka 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml) Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g) Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel Sunplay Spray Ultra Shield spf Bio Essence Bio Water Sunscreen Supergoop Unseen Broad Spectrum Sunscreen Axis-Y No Stress Physical Sunscreen Watsons Aqua UV Sun Protection Gel Mary Kay Sun Care Protection Some By Mi Truecica Mineral Calming Tone Up SunScreen Sendayu Tinggi UV Defense Cream Matte Hydrating Tinted Sunscreen Apakah Perbezaan Antara Sunblock & Sunscreen Apakah Manfaat Memakai Sunblock?  Bagaimana Cara Pilih Sunblock Berapakah Jumlah SPF Terbaik? Boleh Pakai Sunblock Setiap Hari? Boleh Pakai Sunscreen Dan Sunblock Sekaligus? Boleh Tak Gantikan Sunscreen Dengan Pelembab? Adakah Sunscreen Memberi Kesan Mencerahkan Kulit?  Artikel Berkaitan Sunblock untuk kulit berminyak jenis krim 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml) 3W Clinic 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml) Semak 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml) harga dibawah: merchant logo Lazada Malaysia merchant logo Shopee Malaysia add_circle Bahan seperti Arbutin dan titanium oxide. add_circle Tidak melekit. add_circle Bahan seperti aloe vera, ekstrak ginseng merah dan mulberry remove_circle Mempunyai alkohol & pewangi

Sebab menjadi pilihan utama:

‘Dengan harga yang sangat berpatutan, mudah didapati secara online dan teksturnya yang tidak terlalu melekit seperti sunblock lain’

Ciri-ciri:

Sunblock dari 3W ini terkenal dan harga yang sangat murah. Satu tube mampu bertahan sehingga 2-3 bulan dengan harga bawah rm15.

Bahan yang menarik perhatian adalah arbutin yang mampu untuk mencerahkan kulit anda. 

Bahan titanium oxide pula bahan yang wajib jika anda inginkan perlindungan kulit dari sinar UV. 

Bagaimanapun, teksturnya sedikit berat dan tidak menjadikan wajah anda kering walaupun sudah lama apply. 

Cuma membuatkan wajah anda kelihatan sedikit berminyak, tapi dengan ekstrak aloe vera, ginseng merah dan mulberry menjadikan kulit anda lembab dan segar sepanjang hari.

Review:

“Walaupun harga murah, ini merupakan sunblock paling best yang boleh anda cuba. Tidak membuatkan kulit berminyak dan tidak membuatkan kulit anda bercapuk,”

Sunblock/sunscreen untuk kulit berminyak Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 Biore Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 Semak Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 harga dibawah: merchant logo Lazada Malaysia merchant logo Shopee Malaysia add_circle Anti penuaan, tidak mengeringkan kulit add_circle Ekstrak rice germ dan vitamin E add_circle Anti bakteri, bagus untuk masalah jerawat remove_circle Tidak sesuai jika re-apply remove_circle Bukan untuk kulit kering

Pemilihan untuk sunblock pada remaja biasanya produk yang murah dan senang nak dapatkan di drugstore seperti Biore UV Perfect Milk Moisture.

Pelindungan UVA/UVB yang terkandung sangatlah berkesan untuk mengelak dari terjadinya penuaan akibat kulit pra matang serta pigmentasi. 

Ekstrak rice germ dan vitamin E menjadikan kulit lebih lembut dan mampu untuk mencerahkan.

Teksturnya seakan milky gel ini membuatkan anda tak perlu pakai bedak. 

Anti bakteria pula membantu melindungi kulit dari terhasilnya jerawat, maklumlah remaja biasanya tak lari dari jerawat. 

Jangan lupa pakai sunblock dan sunscreen walaupun masih bersekolah tau! 

Sunblock/sunscreen untuk kulit berjerawat Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g) AIKEN Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g) Semak Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g) harga dibawah: merchant logo Shopee Malaysia merchant logo Watsons Malaysia add_circle Bahan utama adalah tea tree oil add_circle Tidak membuat liang pori tersumbat. remove_circle Spf yang rendah tidak sesuai jika terdedah terlalu lama pada cahaya matahari

Agak sukar nak cari sunblock yang mampu mengawal jerawat tapi nasib baik ada produk dari Aiken yang mempunyai spf dan merawat jerawat.

Bahan paling terkenal dalam merawat jerawat adalah tea tree oil, yang merawat keradangan akibat jerawat dan terbukti berkesan.

Potassium Cetyl Phosphate adalah agen untuk mengawal pH dan bertindak untuk membersihkan minyak pada liang pori. Jadi liang pori anda tidak akan tersumbat. 

Paling recommended jika anda adalah masalah jerawat dan berminyak.

Sunblock/sunscreen terbaik secara keseluruhan Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel Sunplay Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel Semak Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel harga dibawah: merchant logo Lazada Malaysia merchant logo Shopee Malaysia add_circle Bahan utama seperti Hyaluronic Acid dan Collagen. add_circle Arbutin untuk mengurangkan dark spot add_circle Mempunyai vitamin B5, C & E remove_circle Sedikit kering, memerlukan pelembab selepas pemakaian

Sunplay mempunyai pelbagai jenis pilihan keluaran mengikut kesesuaian 

Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik.

Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh.

Hyaluronic acid dan kolagen menjadikan wajah lembut, arbutin pula boleh mengurangkan dark spot terutama bekas jerawat. 

Teksturnya lembut kerana mengandungi B5, C & E yang menjadikan kulit kekal sihat.

Terdapat juga perlindungan dari spf 50 yang sudah cukup untuk kegunaan seharian.

Sunblock/screen muka untuk pantai/pulau/snorkeling Sunplay Spray Ultra Shield spf Sunplay Spray Ultra Shield spf Semak Sunplay Spray Ultra Shield spf harga dibawah: merchant logo Lazada Malaysia merchant logo Shopee Malaysia add_circle Broad spectrum UVB & UVA add_circle Water/sweat resistant. add_circle Protect from photoaging remove_circle Tidak convenience kerana size yang besar remove_circle Perlu pakai make up remover

Sunplay spray ini dihasilkan khas bagi anda yang gemarkan aktiviti luar dan sering melakukkan aktiviti air. 

Komponen penting dalam pemilihan sunblock perlu ada broad spectrum bagi melindungi sinaran UVB yang menyebabkan sunburn.

Manakala UVA yang menyebabkan kedutan, kulit tidak sekata. 

Jadi, apabila pakai sunblock yang mempunyai water resistant memang sangat berguna terutama bila wajah terdedah pada air.

Bahan lain seperti protect from photoaging ini adalah RonaCare Ectoin dari Jerman & Golden Seaweed Extract dari perancis untuk membantu melawan free radical serta melindungi kulit dari sinaran UV. 

Jadi jika anda penggemar sukan lasak dan sering berjemur, produk ini sangat disarankan!

Sunblock/screen muka untuk kulit sensitif Bio Essence Bio Water Sunscreen Bio Essence Bio Water Sunscreen Semak Bio Essence Bio Water Sunscreen harga dibawah: merchant logo Shopee Malaysia merchant logo Watsons Malaysia add_circle Sesuai untuk kulit sensitif add_circle Mempunyai hyaluronic acid add_circle Tidak berminyak dan melekit add_circle Campuran bio energy complex remove_circle Sukar didapati pada pasaran remove_circle Mahal dan kuantiti yang sedikit

Sunscreen dari Bio Essence ini mempunyai bahan hyaluronic acid yang sangat terkenal dalam penggunaan pembuatan krim wajah.

Ini kerana fungsinya bagi mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. 

Tambah pula tekstur yang tidak terlalu melekit dan tidak terlalu berat ini licin sahaja bila dipakai pada kulit. 

Paling penting mudah menyerap tanpa meninggalkan kesan white cast.

Campuran dari Bio Energy Complex pula meningkatkan kadar baik pulih kulit dan menjadikan kulit kekal segar dan sihat.

Sunblock/screen muka jenis krim Supergoop Unseen Broad Spectrum Sunscreen Supergoop Unseen Broad Spectrum Sunscreen Semak Supergoop Unseen Broad Spectrum Sunscreen harga dibawah: merchant logo Lazada Malaysia merchant logo Shopee Malaysia add_circle Mempunyai Sunflower dan Rosemary leaf extract add_circle Broad-spectrum remove_circle Mahal dengan kuantiti yang sedikit

Walaupun harga yang sedikit mahal, rata-rata review menunjukkan kesan terbaik apabila menggunakan sunscreen dari Supergoop ini. 

Finishingnya yang mudah menyerap, melembabkan kulit wajah. Waluaupun anda menggunakan makeup, bila pakai je sunscreen ini tidak menjadi masalah malah wajah lebih smooth. 

Sunflower extract kaya dengan carotene bagi melindungi kulit manakala Rosemary extract memberi kesan ‘calm’ dan kaya dengan antioksidan.

Bila pakai dekat kulit wajah, rasa ringan dan best sangat sebba tidak melekit. Padan sangat dengan harga dan fungsinya.

Sunblock/screen muka untuk kulit kombinasi Axis-Y No Stress Physical Sunscreen Axis-Y No Stress Physical Sunscreen Semak Axis-Y No Stress Physical Sunscreen harga dibawah: merchant logo Lazada Malaysia merchant logo Shopee Malaysia add_circle Tiada pewangi add_circle Mugwort extract untuk menyejukkan kulit add_circle Niacinamide untuk mencerahkan kulit add_circle Squalane mengekalkan kelembapan remove_circle White cast concern bagi anda yang mempunyai kulit yang lebih gelap remove_circle Harga yang mahal.

Axis-Y ini terkenal dengan serumnya yang membuat tona kulit sekata. 

Jadi kebaikkan tersebut juga diterapkan pada sunscreen yang mempunyai spf 50++ ini. 

Bahan utama seperti mugwort yang membantu mengurangkan haba dan kesan pedih akibat sinaran yang terkena kulit wajah. 

Malah mampu untuk meredakan jerawat dengan bahan antibakteri dan anti iritasi. 

Dengan campuran bahan Niacinamide yang sememangnya terkenal dengan fungsi membuatkan tona kulit sekata (kesan pigmentasi) dan mengecilkan liang pori. 

Sekaligus menjadikan kulit anda bukan saja dilindungi dari sinaran matahari tapi memperbaiki tekstur kulit.

Senang kata pembelian yang berbaloi walaupun harganya sedikit mahal.

Sunblock/sunscreen muka jenis gel. Watsons Aqua UV Sun Protection Gel Watsons Aqua UV Sun Protection Gel Semak Watsons Aqua UV Sun Protection Gel harga dibawah: merchant logo Lazada Malaysia merchant logo Watsons Malaysia add_circle Mempunyai niacinamide add_circle Spf 50++. add_circle Bebab paraben remove_circle Sukar didapati

Jika sebut sunblock dari Watsons, pasti ramai beranggapan harga jauh lebih murah. 

Sebenarnya harganya setanding dengan jenama besar dan mempunyai bahan yang sangat bagus.

Kandungan spf sehingga 50++ dimana hanya 2% sinaran UV yang terlepas masuk pada bahagian kulit. 

Walaupun begitu, bahan seperti Niacinamide membantu mengurangkan kesan radikal seperti tompok hitam dan kulit tidak sekata akibat sinaran UV.

Kulit wajah juga lebih cerah, dan kulit lembut dan kekal lebab dengan bahan dari hyruronic acid.

Macam mana nak cari, pergi sahaja di Watsons pasti ada.

Sunblock/sunscreen muka Spf 50 Mary Kay Sun Care Protection Mary Kay Sun Care Protection Semak Mary Kay Sun Care Protection harga dibawah: merchant logo Shopee Malaysia add_circle Bahan dari tumbuhan. add_circle Terbukti secara klinikal. add_circle Titanium oxide. remove_circle Terlalu mahal untuk size yang kecil.

Sunscreen dari Mary Kay ini terdapat dua jenis khas untuk pilihan mengikut jenis kulit wajah.

Jika anda mempunyai kulit berminyak pakai (sheer), jika kering (invisible). 

Bagi sunscreen jenis sheer, kandungannya mempunyai bahan titanium oxide untuk memberi ekstra perlindungan terhadap permukaan kulit.

Berbeza pula jenis invisible yang mana menggunakan bahan terbukti secara klinikal dari bahan semula jadi iaitu tumbuhan. 

Senangkan nak pilihan, terang-terang satu untuk kulit kering, satu untuk kulit kombinasi. 

Sunblock/sunscreen muka Korea Some By Mi Truecica Mineral Calming Tone Up SunScreen Some By Mi Truecica Mineral Calming Tone Up SunScreen Semak Some By Mi Truecica Mineral Calming Tone Up SunScreen harga dibawah: merchant logo Lazada Malaysia merchant logo Shopee Malaysia add_circle Mempunyai zinc oxide add_circle Bahan seperti reveratnol dan pear flower extract. remove_circle Meninggalkan kesan white cast dan harga yang sedikit mahal.

Jenama keluaran Korea sememangnya terkenal, termasuk sunscreen keluaran Some By Mi ini.

Produk ini mempunyai bahan zinc oxide untuk melindungi kulit dari berlakunya iritasi. 

Terdapat juga bahan Resveratrol yang dapat meningkatkan kadar antioksidan sekaligus membuat kulit anda dilindungi dan memperbaiki dengan sendiri.

Jika anda oleskan pada wajah, anda akan rasa kesan calming.

Memang sangat sesuai dengan cuaca yang panas terik kerana membuatkan anda rasa pedih jika terdedah kepada cahaya dalam tempoh yang lama.

Sunblock wajah halal Sendayu Tinggi UV Defense Cream Matte Hydrating Tinted Sunscreen Sendayu Tinggi UV Defense Cream Matte Hydrating Tinted Sunscreen Semak Sendayu Tinggi UV Defense Cream Matte Hydrating Tinted Sunscreen harga dibawah: merchant logo Lazada Malaysia merchant logo Shopee Malaysia add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit. add_circle Disahkan oleh KKM remove_circle Perlu menggunakan jari untuk mengambil sunscreen

Sendayu Tinggi merupakan salah salah satu jenama lokal yang kekal lama di pasaran Malaysia.

Jadi untuk produk sunscreen mereka diformulasi dengan pelembap yang tinggi serta mengandungi SPF50.

Kandungan ini mampu melindungi kulit wajah anda daripada terdedah kepada sinaran UV. 

Malah dengan rumusan khas dari bahan botanikal semulajadi serta Luminosity Complex, sunscreen ini mampu mencerahkan kulit wajah anda.

Bertekstur ringan dan tidak terlalu melekit menjadikan sesuai untuk semua jenis kulit seperti kombinasi, kering dan sensitif. 

Bagi kulit kering, jangan risau, sunscreen ini mampu mengekalkan kelembapan tanpa menjadikan kulit berminyak. 

Produk ini juga dapat mengurangkan kehadiran jeragat dan anti-penuaan. 

Jangan risau, sunscreen dari Sendayu Tinggi ini telah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - NOT171101452K.

Apakah Perbezaan Antara Sunblock & Sunscreen

Krim pelindung atau sunblock selalunya dipakai ketika ke pantai atau melakukan aktiviti air.

Juga boleh digunakan sebagai krim asas untuk solekan agar kulit wajah anda sentiasa dilindungi daripada terdedah kepada sinaran UV.

Tapi, tahu tak terdapat perbezaan antara sunblock dan sunscreen? 

SUNBLOCK –  Berfungsi untuk memantulkan kembali sinaran UV dan menghalang cahaya daripada menembus masuk ke dalam kulit wajah.

Erti kata lain, sunblock memberi perlindungan ekstra buat kulit anda.

Ini kerana kebanyakan sunblock mengandungi campuran seperti titanium dan zink oksida yang menghasilkan kulit anda satu tona lebih cerah.

Jangan risau, penggunaan sunblock yang betul mengikut jenis kulit tidak akan menyebabkan iritasi malah dapat perbaiki tekstur kulit.

SUNSCREEN –  Kandungan bahan kimia akan menyerap sinaran UV sebelum sampai ke lapisan kulit paling luar.

Maksudnya, sunscreen bertindak sebagai satu lapisan tambahan dimana dapat mengurangkan penyerapan cahaya matahari kepada kulit anda.

Saranan pakar kulit agar anda memilih sunscreen yang mempunyai label ‘broad-spectrum’ kerana mampu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.  

Apa pun jom kita lihat penerangan ringkas menerusi video berikut.

Apakah Manfaat Memakai Sunblock? 

Sunblock datang dalam pelbagai tekstur gel, krim dan jenis air.

Ianya menjadi salah satu benda yang wajib untuk dipakai sebelum keluar rumah. Terutamanya buat anda yang selalu melakukan aktiviti luar dan terdedah kepada sinaran UV.

Kepentingan memakai sunblock bukan sahaja pada perlindungan kulit pada masa jangka pendek, tapi ia menjadikan kulit lebih sihat dan awet muda. 

Jangan tak tahu, sunblock berperanan untuk mengekalkan keanjalan, mengurangkan garis halus dan mengurangkan tompokan pigmentasi. 

Sebaiknya pilih sunblock yang mempunyai nombor SPF yang tinggi, supaya ia lebih kekal lama dan mampu melindungi kulit secara efektif.  

Bagaimana Cara Pilih Sunblock

Pemilihan sunblock ini bergantung pada bahan utama didalam sunblock tersebut.

Tidak kira mahal atau murah, wajib pastikan bahan-bahan ini ada dalam kandungan sunblock/sunscreen anda.

Ecamsule dimana bahan yang menghalang UVA. Avobenzone bahan yang dapat membantu menghalang sinaran UV. Active photo barrier complex dan dermaplex. Titanium dioxide dan zinc oxide bagi memastikan wajah elak dari iritasi dan bebas alkohol.

Tak perlu dalam satu sunscreen perlu ada kesemua bahan ini, tetapi sudah memadai jika mempunyai 1-2 bahan diatas.

Berapakah Jumlah SPF Terbaik?

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan SPF?

SPF merupakan singkatan bagi sun protection function, spf ini adalah tempoh dimana berapa lama ia akan melindungi kulit dari UV (ultraviolet) 

Ramai yang tidak tahu tentang berapa tinggi spf tersebut untuk penggunaan hari. Ini semua juga berkait dengan tujuan dan kegunaan seharian anda. 

Daily use: sudah memadai jika anda menggunakan kandungan spf 30 keatas.

Water resistant: Jika anda sering terdedah pada sinaran dan air, gunakan sunblock yang mempunyai spf 30 keatas serta resistant. 

Boleh Pakai Sunblock Setiap Hari?

Memakai sunblock ini adalah kewajipan bagi melindungi kulit dari sinaran UVB & UVA yang akan merosakkan sel-sel kulit. 

Wajib pakai setiap hari, dan reapply selepas mencuci muka jika terdedah pada cahaya matahari.

Malah, jika terlalu lama terdedah pada sinaran tanpa sebarang perlindungan, akan menyumbang kepada pelbagai masalah kulit yang paling ketara adalah kulit terbakar dan pigmentasi. 

Jika anda mempunyai masalah kulit dan sering terdedah pada cahaya sebaiknya pakai sunblock dan sunscreen.

Ini akan dapat mengelakkan kulit menjadi pedih dan kemerahan. 

Boleh Pakai Sunscreen Dan Sunblock Sekaligus?

Menggunakan sunblock dan sunscreen tidak menjadi masalah.

Tetapi jika anda hanya memakai salah satu sahaja pun tidak mengapa. 

Ini kerana kedua-dua produk mempunyai peranan yang tersendiri.

Seperti kami terangkan pada awal persoalan tadi, sunscreen berfungsi untuk menapis sinar UV yang terkena pada kulit wajah.

Manakala sunblock menghalang dan reflex sinaran tersebut agar tidak diserap oleh kulit wajah.

Boleh Tak Gantikan Sunscreen Dengan Pelembab?

Tidak boleh, walaupun sesetengah sunscreen juga berfungsi untuk menyumbang kepada kelembapan. 

Pelembab merupakan penjagaan kulit wajah yang wajib selepas anda mencuci muka. 

Ingat, pelembab dan sunscreen mempunyai fungsi yang berbeza tau!

Adakah Sunscreen Memberi Kesan Mencerahkan Kulit? 

Bergantung pada bahan yang terdapat dalam satu-satu jenis sunscreen tersebut.

Apa yang pasti kebanyakkan sunscreen mempunyai fungsi untuk mencerahkan dan menghalang kulit dari terbakar teruk.

Bila anda menggunakan sunscreen dan sunblock dengan cara yang betul, penuaan akan menjadi lambat dan kulit akan sentiasa terjaga. 

Jadi dengan pemakaian setiap hari, sunscreen tidak akan age your skin!

Sebaiknya elakkan dari terlupa pakai sunscreen/sunblock tau.

Walaupun pakai full set penjagaan wajah tapi sunblock/sunscreen tak pakai. Big no okay!

Artikel Berkaitan Jangan Biar Kulit Berjerawat Terdedah Kepada Matahari! Ini 8 Sunblock/ Sunscreen untuk Anda Sayangi Kulit Anda - Gunakan 10 Sunscreen Alcohol-Free Ini Lindungilah Kulit Anda Daripada ‘Kekejaman’ Sinar UV Dengan 7 Sunscreen Dari Watsons Ini 7 Sunblock Untuk Kulit Kombinasi, Lindungi Kulit Daripada ‘Sunburn’  Perlindungan Menyeluruh dengan 7 Produk Sunblock untuk Kulit Sensitif Sunblock/Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2023 Ubat Krim Gatal Terbaik 2023 Produk untuk Kecilkan Pori Wajah di Watson Malaysia 2023 11 Sunblock dan Sunscreen Terbaik di Malaysia 2023 14 Krim Malam Terbaik di Malaysia 2023 Sunblock Terbaik untuk Kulit Kombinasi Malaysia



【本文地址】

公司简介

联系我们

今日新闻

    推荐新闻

    专题文章
      CopyRight 2018-2019 实验室设备网 版权所有