Login MyASNB | 您所在的位置:网站首页 › onlinelogin › Login MyASNB |
Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mewudjudkan portal yang membantu para pelabur Amanah Saham Bumiputra (ASB) untuk menyemak terus penyata akaun / baki duit di dalam akaun ASB. Selain itu ia menambah fungsi penambahan modal pelaburan secara online. Contents hide 1 Login MyASNB – Semakan Penyata ASB 2 Cara Daftar ASB Online – MyASNB 3 Melalui Aplikasi MyASNB 4 Cara Penambahan Modal ASB 4.1 Hubungi MyASNB 5 Cara Keluarkan Duit ASBPortal tersebut dinamakan sebagai MyASBN. Melalui MyASNB, para pelanggan ASB boleh terus menyemak penyata akaun di dalam portal ini. Di sini kami kongsikan cara untuk anda membuat semakan dengan login myASNB online. Terkini: ASNB telah mengumumkan dividen tahun 2022. Login MyASNB – Semakan Penyata ASBUntuk login, anda bolehlah layari https://www.myasnb.com.my/ kemudian klik log masuk yang tertera di bahagian atas. Selepas itu, anda bolehlah masukkan ID pengguna dan juga kata laluan, kemudian klik masuk. Ini bagi yang telah mendaftar myASNB. Jika belum? Teruskan pembacaa, kami kongsikan cara bagaimana anda boleh mendaftar perbankan online ASB ini. Cara Daftar ASB Online – MyASNBCara untuk pendaftaran buat pertama kali, kayari : https://www.myasnb.com.my/ .Kemudian, klik “Daftar di sini“. Ikuti langkah-langkah yang diminta dengan klik setuju. Selepas itu, barulah isi borang pendaftaran anda dengan lengkap dan butiran yang betul. Perlu diingat, no telefon anda haruslah telah didaftarkan ketika membuat pembukaan akaun di cawangan ASB. Jika belum pernah mendaftar no telefon, anda dinasihati untuk hadir ke cawangan ASB berdekatan untuk kemaskini data anda. Kemudian barulah anda boleh mendaftar myasnb seterusnya login untuk menyemak penyata akaun. Melalui Aplikasi MyASNBUntuk lebih mudah login ASB, anda bolehlah memasang aplikasi MyASNB terus ke telefon pintar anda. Ianya tersedia untuk pengguna Android dan iOS. ANDROID – Playstore iOS BACA JUGA: Semakan Nombor Pinjaman PTPTN: Cara Mudah Dapatkan Login MyASNB - Semakan Penyata Akaun ASB 2023 Online 4 Cara Penambahan Modal ASBSatu kelebuhan yang ada dalam portal / aplikasi myasnb adalah kebolehan untuk menambah terus modal pelaburan. Melalui fungsi ini, para pelabur ASB tidak perlu lagi untuk hadir ke mana-mana cawangan ASB untuk memasukkan duit / menambah pelaburan. Anda boleh menambah terus pelaburan secara terus ke dalam akaun anda. Ianya adalah secara percuma. Dibandingkan jika anda menambah modal melalui perbankan online seperti maybank2u, cimbclicks, rhbonline dan yang lain lain, fi akan dikenakan semasa penambahan modal dilakukan. Oleh itu, adalah lebih jimat untuk penambahan modal melalui portal Myasnb. Hubungi MyASNBJika terdapat sebarang persoalan mengenai servis myASNB ataupun pertanyaan mengenai login ASB, bolehlah hubungi: Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected] Cara Keluarkan Duit ASBAda beberapa cara untuk keluarkan duit ASB. Caranya adalah dengan hadir ke wakil Bank yang mempunyai perkhhidmatan ASB (Maybank,CIMB, RHB, Bank Islam, dll). Cara yang kedua adalah hanya melalui secara online daripada aplikasi MyASNB. Jika pengeluaran dibuat melalui aplikasi MyASNB, wang akan dipindahkan ke dalan akaun personal/persendirian penama. Penama bank perlulah sama dengan penama pemilik akaun ASB yang hendak dikeluarkan wangnya. artikel lain: Cara semakan eGumis Login SPP. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan IKUTI KAMI UNTUK TERUS DAPATAKAN INFO TERKINI BANTUAN DI MALAYSIA. |
CopyRight 2018-2019 实验室设备网 版权所有 |